Posts

Showing posts from December, 2021

9.1 KONSEP DAN PENGERTIAN REKA BENTUK DAN MODEL KURIKULUM

Image
i. Reka Bentuk Kurikulum : Suatu alternatif prosedur dalam merangka (designing) , menerapkan, (implementation) dan menilai (evaluation) suatu kurikulum. ( Tyler, 1949 ). ii. Model Kurikulum : Model Rasional/Objektif Tyler dianggap sebagai model klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Menurut Tyler, apabila mereka bentuk kurikulum, terdapat empat soalan asas iaitu : What educational purpose should the school seek to attain? What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes? How can these educational experiences be effectively organized? How can we determined whether these purpose are being attained?   9.1.1  Model-Model Kurikulum Hilda Taba (1962)  Model kurikulum rasional/objektif Menekankan proses pemikiran induktif dalam pengajaran dan pembelajaran Menggunakan pendekatan grass-roof iaitu perancangan bahan-bahan mesti direka bentuk oleh guru.  Logik linear : Tujuan ditentukan → Cara diusahakan → Matlamat ditetapkan  Sten