9.1 KONSEP DAN PENGERTIAN REKA BENTUK DAN MODEL KURIKULUM

i. Reka Bentuk Kurikulum : Suatu alternatif prosedur dalam merangka (designing) , menerapkan,(implementation) dan menilai (evaluation) suatu kurikulum. ( Tyler, 1949 ).

ii. Model Kurikulum : Model Rasional/Objektif Tyler dianggap sebagai model klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Menurut Tyler, apabila mereka bentuk kurikulum, terdapat empat soalan asas iaitu :

  • What educational purpose should the school seek to attain?
  • What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes?
  • How can these educational experiences be effectively organized?
  • How can we determined whether these purpose are being attained? 


9.1.1  Model-Model Kurikulum

Hilda Taba (1962) 

  • Model kurikulum rasional/objektif
  • Menekankan proses pemikiran induktif dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Menggunakan pendekatan grass-roof iaitu perancangan bahan-bahan mesti direka bentuk oleh guru. 
  • Logik linear : Tujuan ditentukan → Cara diusahakan → Matlamat ditetapkan 

Stenhouse (1975)

Mengaplikasikan 3 Prinsip iaitu :

  1. Prinsip pemilihan kandungan (apa yang diajar dan dipelajari?) 
  2. Prinsip pembentukan strategi pengajaran (bagaimana patut diajar dan dipelajari?) 
  3. Prinsip menentukan susunan pengajaran 

Zais (1976)

  • Model ini menuntut sejumlah guru dalam satu sekolah untuk mengorganisasikan dirinya dalam memperbaharui kurikulum. 
  • Staf pengajar bekerja dalam bentuk organisasi berstruktur atau bekerja sendiri-sendiri.
  • Dalam model ini, pembaharuan kurikulum dicontohkan dalam satu skala kecil untuk diiaplikasikan oleh para pengajar yang lain.   

 

9.1.2  Klasifikasi Model Reka Bentuk Kurikulum Malaysia 

 

KLASIFIKASI

PELOPOR

CIRI-CIRI

Model Rasional/ Objektif

i. Tyler

ii. Taba

Logik linear:

Tujuan ditentukan → Cara diusahakan → Matlamat ditetapkan

Model Berkitar

i. Wheeler

ii. Nicholls & Nicholls

iii. Mac Donald

Logik dalaman saling berkait:

Menekankan penyelesaian masalah & saling hubungan sistem.

Model Dinamik/ Interaksi

i. Zais

ii. Walker & Skillbeck

iii. Saylor & Alexander

iv. Goodlad

 

Logik linear:

Integrasi pelbagai pembolehubah dasar dan pembolehubah komponen.

 

9.2  ORIENTASI & POLA REKA BENTUK KURIKULUM

9.2.1  Orientasi Reka Bentuk Kurikulum


 

ORIENTASI

PENJELASAN

CONTOH

i. Kurikulum Berpusatkan Pelajar

·         Fokus kepada potensi murid.

·         Pengajaran mengikut minat murid.

·         Organisasi kurikulum berorientasikan aktiviti dan membina pengalaman pelajar (minat, keperluan, dan tujuan)

·         Pembinaan insan.

·         Bersifat terbuka kepada murid untuk turut sama dalam mereka bentuk kurikulum.

·         Kurikulum Sekolah Sukan (Bukit Jalil, Bandar Penawar)

·         Kurikulum Sekolah Seni (Kuala Lumpur, Sarawak, Johor)

ii. Kurikulum Berpusatkan Akademik  

·         Menekankan pengetahuan, nilai dan warisan budaya.

·         Berorientasikan kepada subjek dan pengetahuan.

·         Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek.

·         Kurikulum berpusat isi kandungan.

·         Pengajaran berfokus melibatkan proses mengingat & memahami.

·         Diajarkan secara terpisah-pisah (mengikut topik)

·         Susunan :

      ·         Menegak : ikut tahap kesukaran, mudah → sukar.

      ·         Mendatar : hubungan antara disiplin ilmu.

·         Reka bentuk mata pelajaran pelbagai.

·         Reka bentuk disiplin.

·         Reka bentuk ‘Broad Field’.

·         Reka bentuk korelasi.

iii. Kurikulum Berpusatkan Masyarakat    

·    Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat.

·      Berasaskan pemikiran bahawa manusia sebagai makhluk sosial yang perlu hidup bersama dan menjalani kehidupan yang adakalanya mempunyai konflik.

·   Isi kurikulum yang berbentuk masalah sosial/persekitaran.

      ·   Mendatar : merentas pelbagai disiplin ilmu

      ·  Menegak: keupayaan dalam menyelesaikan masalah

      ·  Kurikulum mengintegrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial&alam sekitar. Pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah (PBL).

      ·  Murid mempelajari kurikulum untuk mengenalpasti, memahami, menganalisis dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan.

·        Memberi fokus kepada masalah dalam hidup.

·        Reka bentuk situasi kehidupan.

·        Reka bentuk pembangunan semula masyarakat.

iv. Kurikulum Eklektik

Gabungan keseluruhan kurikulum : Rekabentuk kurikulum yang berorientasikan murid, akademik dan masyarakat.

·      Ilmu dan keterampilan.

·      Potensi individu & menangani masalah.

9.2.2Pola Reka Bentuk Kurikulum

Rajah 9.2
                                                                    

POLA REKA BENTUK

PENJELASAN

CONTOH

Kurikulum sebagai Perancangan

·         Kurikulum yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah penting untuk dilaksanakan oleh setiap pendidik.

·         Pendidik mesti mentafsir, menterjemah dan melaksanakannya berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai panduan pengajaran.

·         Rancangan pengajaran pula berpandukan topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus, yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran.

·         DSKP untuk mata pelajaran.

·         Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).

·         Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Kurikulum sebagai Objektif

Objektif ditetapkan selaras dengan keperluan murid, masyarakat, pandangan pakar dalam bidang berkenaan berdasarkan falsafah dan matlamat Pendidikan.

·         Matlamat/objektif mata pelajaran.

·         Standard pembelajaran.

Kurikulum sebagai Proses

Bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, murid, bahan dan pengetahuan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kurikulum sebagai Hasil/ Out come

Kurikulum yang dapat melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan rakyat yang dapat memenuhi aspirasi negara.

Keberhasilan pembelajaran mengikut domain kognitif, afektif dan psikomotor.


9.3  TEORI-TEORI MENDASARI REKA BENTUK KURIKULUM
9.3.1  Teori Pembelajaran

-Perkembangan kurikulum sebenarnya sekaras dengan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Hal tersebut berkaitan dengan amalan mengaplikasikan teori pembelajaran ke dalam proses pengajaran dan perkembangan kurikulum.

9.3.2  Asas Ilmu Mendasari Teori Kurikulum



9.3.3  Perbandingan Teori-Teori Reka Bentuk Kurikulum

Komponen

Teori Disiplin Mental

Teori Saintifik

Pelopor

 

Bobbit

Logik

Psikologi indera (Akal mempunyai otot yang perlukan latihan mental).

Pengeluaran barang industri (Manusia bagaikan barangan keluaran industri).

Fungsi

Sekolah adalah untuk membina perkembangkan otot akal dan kurikulum pula berfungsi memperhalus keupayaan otot tersebut.

Sekolah merupakan kilang yang memproses murid (bahan mentah/input) supaya menjadi output yang bersedia & berupaya memikul peranan masing- masing dalam kehidupan.

Liputan Kurikulum

Liputan kurikulum memuatkan apa sahaja pengetahuan untuk dipelajari bagi menguatkan otot akal.

• Mengadakan aktiviti yang dikenalpasti wujud dalam kehidupan manusia.

 • Aktiviti boleh dipetakan melalui operasi saintifik yang dinamai analisis aktiviti.

• Aktiviti dianalisis sehingga tahap yang spesifik.

• Aktiviti dikelaskan mengikut disiplin ilmu yang relevan.

• Keupayaan, sikap, tabiat dan tingkahlaku yang diperlukan dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam aktiviti dan diajar kepada murid.

Pembahagian Kurikulum

Tidak berlaku

• Setiap orang melakukan aktiviti yang selari dengan kelas sosial masing- masing.

• Pembahagian kurikulum dibuat dengan merujuk kepada peranan orang yang berlainan dalam kelas sosial masing-masing.

• Sekolah membahagikan kurikulum dengan cara yang dapat membezakan kanak-kanak untuk mempelajari aktiviti yang selaras dengan peranan mereka dalam kelas sosial masing-masing apabila dewasa.

• Ukuran kecerdasan dijadikan alat saintifik untuk membezakan kanak- kanak.

Reka Bentuk Kurikulum

Tidak berlaku

• Setiap aktiviti yang hendak diajar perlu dirancang dengan melibatkan sub aktiviti yang lebih terperinci.

• Membolehkan murid belajar sendiri.

• Dilakukan menerusi operasi analisis aktiviti.

• Guru-guru boleh mereka bentuk kurikulum sendiri.

Perkembangan Kurikulum

Tidak berlaku

Tidak berlaku. Manusia telah dibekukan dalam petak sosial mereka.

Kritikan

Pembahagian, reka bentuk dan perkembangan kurikulum tidak berlaku yang menyebabkan teori ini tidak sempurna. Menjelang akhir abad ke 19 teori ini dipinggirkan.

• Manusia dibekukan dalam kotak sosial masing-masing.

• Proses perkembangan kurikulum tidak berlaku yang menyebabkan teori ini tidak sempurna.

 

Komponen

Teori Fungsi

Teori Berasaskan Sekolah

Pelopor

Durkheim & Parson

Dewey, MacDonald, Saylor & Alexander

Logik

Fungsi sosial dalam sistem masyarakat.

Morfogenesis- konflik struktur sosial. Golongan dominan vs golongan penyanggah.

Fungsi

Sekolah berperanan memasyarakatkan kanak-kanak untuk menghayati ciri sejagat budaya masyarakatnya serta diorientasikan kepada pelbagai nilai & budaya yang berkait dengan peranan pekerjaaannya pada masa hadapan.

Sekolah berperanan untuk mengukuhkan golongan dominan (kuasa, pekerjaan & kekayaan).

Liputan Kurikulum

• Memuatkan budaya umum dan khusus.

• Kurikulum menyediakan latihan kemahiran pekerjaan.

• Peluang pekerjaan diwujudkan untuk dipenuhi tenaga manusia terlatih dari masa ke semasa.

• Dirumus oleh golongan dominan berpandukan sejarah, budaya, falsafah dan ideologi.

 

•Kurikulum sebagai alat ideologi melemahkan golongan penyanggah (penentang).

Pembahagian Kurikulum

• Kurikulum dibahagikan kepada berbagai bidang/ program bagi melahirkan tenaga terlatih yang dapat memenuhi petak pekerjaan.

• Kurikulum mestilah dapat memenuhi tuntutan masyarakat agar generasi muda dapat menerima budaya masyarakatnya yang wajar sebagai bekalan ketika mereka dewasa.

•Kurikulum sebagai alat kawalan sosial & mengekalkan keuntungan golongan dominan.

• Berbagai jurusan/program diadakan untuk membahagikan kurikulum kepada murid-murid yang berbeza dari segi individu.

• Pelbagai syarat dikenakan untuk menempatkan murid tertentu ke dalam jurusan/ program tertentu.

Reka Bentuk Kurikulum

• Kurikulum rasmi mestilah mendefinisikan tingkah laku, budaya, norma dan nilai masyarakat.

• Kurikulum rasmi tersebut mestilah sempurna & lengkap kerana akan dilaksanakan & dipatuhi.

• Teori Analisis - reka bentuk ditentukan oleh kuasa dominan pada peringkat masyarakat, institusi dan instruksi. Seimbangkan kuasa dominan dan penyanggah (Goodlad 1972).

• Teori Hegemoni - reka bentuk kurikulum yang dilaksanakan oleh guru sebagai penyelesaian konflik guru-murid ke atas tekanan kurikulum rasmi dalam latar setempat.

Perkembangan Kurikulum

•Mencadangkan perlunya kemahiran bagi melaksanakan pekerjaan.

• Sedia berubah mengikut perkembangan teknologi.

• Dilaksanakan oleh institusi rasmi yang dikawal oleh golongan dominan.

• Golongan dominan akan benarkan dan sahkan orang & organisasi tertentu untuk menjalankan proses perkembangan kurikulum.

Kritikan

• Pendidikan berkembang pesat tetapi peluang kerja semakin terhad.

• Perkembangan teknologi berlaku pesat dan tenaga manusia semakin kurang digunakan dalam pekerjaan.

• Teori kurikulum yang lengkap kerana mengandungi liputan, pembahagian, reka bentuk dan perkembangan kurikulum.

• Konflik yang berlaku menyebabkan kurikulum menjadi semakin mantap.

• Reformasi pendidikan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap kurikulum.


 9.4  PRINSIP PENYUSUNAN REKA BENTUK KURIKULUM

 

 

PRINSIP

KETERANGAN

Kesinambungan

·         Principle of continuity bermaksud pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka.

·         Suatu kurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar dengan dimulai peringkat paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikan untuk meneroka pada tahap yang lebih tinggi.

·         Objektif atau kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.

Urutan

·         Principle of sequence bermaksud jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu.

·         Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan bertuturan dengan berdasarkan pengalaman lalu supaya setiap pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih dekat, meluas dan mendalam.

Integrasi

·         Principle of Integration menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh.

·         Integrasi dikaitkan dengan elemen merentas kurikulum : Bahasa, Ilmu, Kemahiran, Nilai, Teknologi, Inovasi, Kreatif dan Keusahawanan.

Skop

·         Prinsip skop berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan yang perlu dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Keluasan dan kedalaman kandungan ini berkaitan dengan tahap Pendidikan yang membolehkan setiap murid menguasai kandungan mengikut tahap-tahap Pendidikan dan Kognitif.

Imbangan

·         Prinsip imbangan kandungan merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada murid-murid untuk menguasainya.

 

 9.5  MODEL KURIKULUM RASIONAL OLEH TYLER (1949)

 



  • Kurikulum Tyler merupakan Model Kurikulum Objektif iaitu pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan untuk mencapai matlamat pendidikan.
  • Dianggap model klasik
  • Model Tyler diperkenalkan oleh Ralph Tyler dalam bukunya yang berjudul Basic Principles of Curriculum and Instruction (1949)


 

9.5.2  Pengalaman Pembelajaran

i. Pengertian

l  Pengalaman pembelajaran adalah interaksi antara murid-murid dan keadaan persekitaran mereka. Pengalaman pembelajaran boleh diberikan melalui keterlibatan pendengaran, penglihatan, perbuatan, kombinasi pendengaran dan penglihatan, penglibatan dan perbuatan. Pengalaman tersebut berbentuk konkrit dan mudah difahami oleh murid dalam pembelajaran.

mereka.

 

ii. Ciri-ciri

l  Setiap pengalaman belajar harus memuaskan pelajar.

l  Kesinambungan: pengulangan menegak dari segi unsur-unsur penting kurikulum.

l  Urutan: kaitan dengan kesimpulan. la menekankan betapa pentingnya pembinaan pengalaman yang baru berasaskan pengalaman yang lalu dan mendalami perkara-perkara yang dikaji serta mempengaruhi setiap tahap pengalaman pembelajaran.

l  Integrasi: perkembangan mendatar pengalaman kurikulum yang menyentuh untuk menolong murid supaya mendapat satu pandangan yang bersepadu secara beransur dan menentukan bahawa tingkah laku itu sejajar dengan perkara yang dikaji.

l  Pengalaman pelajar harus sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai. Setiap tujuan akan menentukan pengalaman pembelajaran.

l  Setiap rancangan pengalaman pembelajaran sebaiknya melibatkan pelajar agar dalam satu pengalaman dapat mencapai tujuan yang berbeza.

 

iii. Pelaksanaan

l  Menentukan isi kandungan bagi mencapai tujuan kurikulum berdasarkan pengalaman yang telah dimiliki oleh pelajar.

l  Bahan yang dipelajari disusun pada unit-unit yang dapat digambarkan.

l  Urutan pembelajaran dapat memudahkan terhadap penilaian pembelajaran.

l  Penyusunan pengalaman pembelajaran adalah secara dimensi menegak dan dimensi mendatar.




 DISEDIAKAN OLEH AHLI KUMPULAN 17 (KPF 3012 KUMP. I) :




Comments